PERHATIAN!!!

Untuk Pelajar , Contoh Kerja kursus geografi yang disediakan di blog ini adalah khusus untuk pelajar SMK Taman Daya 2, Johor Bahru , Johor SAHAJA...

Untuk pembaca blog lain, sila ikut arahan guru sekolah anda masing-masing. Jika anda mahu mengambil entry ini sebagai contoh, sila tukar dan ikut keadaan pengangkutan anda di kawasan anda...

JANGAN TIRU 100% CONTOH KERJA KURSUS GEOGRAFI DALAM BLOG INI.... Saya hanya membantu bukan menyuruh anda meniru... Harap Faham..

Friday 24 May 2013

RUMUSAN

Kesimpulannya, pengangkutan awam ialah satu sistem pengangkutan  yang mengangkut penumpang ataupun barang  ke kawasan tertentu dengan dikenakan bayaran yang tertentu. Pengangkutan awam yang ada dikawasan kajian saya ialah bas awam dan teksi. Maelalui kajian yang telah saya lakukan, saya dapati terdapat beberapa kepentingan pengangkutan seperti _______________________, _________________, ________________ dan ________________________. Terdapat juga masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan saya seperti __________________, ____________________, ____________________ dan ___________________________.  Sayajuga telah mencadang beberapa langkah penyelesaian  dalam masalah ini seperti ______________________, __________________, _________________ dan _____________________.

Melalui kajian saya juga, saya dapati dengan adanya pengangkutan awam di kawasan saya ini telah dapat menyatupadukan penduduk di taman saya tanpa mengira bangsa dan bagama. Sikap bertanggungjawab dan hormat menghormati juga telah dipupuk oleh penduduk demi memastikan perkhidmatan pengangkutan awam terus selesa. Secara tidak langsung semangat 1 Malaysia telah tersemai dalam jiwa penduduk dan juga kumpulan saya.

Tuesday 16 April 2013

Cadangan Mengatasi Masalah Perkembangan Pengangkutan Awam


Cadangan untuk mengurangkan masalah pengangkutan awam

1. Kuat kuasa undang-undang.

 Melalui temubual yang saya lakukan, tindakan tegas perlu dilakukan untuk mengatasi masalah pencemaran bunyi dan udara ini. Aduan atau laporan perlu dibuat di Jabatan Alam Sekitar atau Jabatan Pengangkutan Awam  perlu dilakukan.  Jabatan ini akan membuat rondaan dan menahan pengangkutan awam yang bermasalah dan mendenda  dengan  denda yang setimpal.

2. Penggunaan petrol tanpa plumbum

Melalui pemerhatian saya,  pengeluran asap yang berlebihan dari bas-bas awam ini boleh dikurangkan dengan penggunaan petrol tanpa plumbum. Penggunaan petrol ini walaupun agak mahal tetapi boleh mengurangkan pengeluran karbon monoksida  dan seterusnya mencemarkan udara.

3. Pendidikan alam sekitar

 Melalui temubual juga, saya dapati  pemandu-pemandu bas dan teksi ini perlu diberi pendidikan alam sekitar yang sewajarnya. Pendidikan ini boleh dijalankan oleh Majlis Pembandaran Johor Bahru atau oleh  Persatuan Teksi-teksi Sewa masing-msaing. Ini akan menyedarkan  mengenai sikap bertanggungjawab dalam menjaga alam sekitar .

Cari  2 isi lagi yea… saya boleh membantu sampai sini sahaja..

Masalah perkembangan pengangkutan awam di Taman Daya


Masalah Pengangkuatan Awam  di Taman Daya, Johor Bahru, Johor

1. Pencemaran udara.

Melalui pemerhatian , saya dapati  pengangkutan awam ini telah meningkatkan pencemaran udara. Ini kerana kebanyakan bas awam ini menggunakan minyak diesel yang murah berbanding dengan minyak yang lain. Ini menyebabkan  bas awam ini akan mengeluarkan asap yang banyak dan mencemarkan kesihatan penduduk setempat.


2. Pencemaran bunyi

Melalui pemerhatian yang saya jalankan juga,  perkhidmatan bas  awam  yang ada di Taman daya ini mengeluarkan  bunyi yang sangat kuat. Kadangkala bas awam ini membunyikan hon dan menyebabkan pencemaran bunyi berlaku.

3. Tambang mahal

Melalui temubual dengan ________________, beliau menyatakan bahawa tambang teksi semakin mahal di Taman daya. Ini berkemungkinan  kerana kedudukan taman ini berada di  daerah Johor Bahru yang mempunyai kos sara hidup yang tinggi. Dengan menaiki teksi dari jalan enau ke jalan sagu yang jauhnya kira 2.5km sahaja sudah di caj sebanyak RM5.00.

Saya boleh bantu 3 isi sahaja..yang lain sila bincang dengan guru kelas anda..saya harap anda tidak menulis semula sekali ( bulat-bulat )..ubahlah ayatnya sedikit-sedikit..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...